Kertas siasatan kes fitnah MAIS diserah AGC

Kertas siasatan kes fitnah MAIS diserah AGC

Siasatan pelakon
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis telah menyerahkan kertas siasatan dakwaan fitnah oleh pemilik akaun aplikasi TikTok terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada Pejabat Peguam Negara (AGC)  untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada individu terlibat melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“Polis telah melengkapkan siasatan dan kini berada di AGC untuk keputusan dan arahan selanjutnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, saya meminta masyarakat untuk bersabar sementara mendapat keputusan daripada AGC,” katanya selepas program Larian Diraja Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat di sini, hari ini.

Sebelum ini, Polis Selangor telah menerima laporan daripada MAIS berkenaan isu itu pada 16 April lalu.

Pada 18 April, polis memaklumkan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa kandungan video tersebut adalah fitnah kerana melemparkan tuduhan rasuah serta penggunaan imuniti istana yang dilihat sengaja dibuat bagi menjejaskan imej pihak MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor. 

Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini memaklumkan, pihaknya memandang serius penularan video itu yang mengaitkan kononnya berlaku isu tunggakan bayaran serta salah urus melibatkan MAIS dalam projek berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini