Lelaki ditembak ejen ICE di California

Lelaki ditembak ejen ICE di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Ejen Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki didakwa ahli kongsi gelap di dalam sebuah kenderaan di utara California.

Pengarah ICE, Todd Lyons dalam kenyataan berkata, pegawainya melakukan sekatan kenderaan di Patterson, sebuah bandar pertanian luar bandar di Central Valley, kira-kira 128 kilometer (km) ke timur San Jose untuk menahan Carlos Ivan Mendoza Hernandez.

Lyons mendakwa, Hernandez ahli kumpulan kongsi gelap 18th Street Los Angeles dan dikehendaki pihak berkuasa di El Salvador berkaitan satu kes pembunuhan.

Bagaimanapun, Lyons tidak mengemukakan bukti dakwaan tersebut dan butiran lanjut mengenai siasatan juga masih tidak jelas.

Hernandez dikejarkan ke hospital sejurus selepas insiden tembakan tersebut, namun jurucakap pejabat syerif daerah Stanislaus enggan mengulas lanjut mengenai keadaan terkini mangsa.

Menurut Lyons, ketika ejen menghampiri kereta berkenaan, Hernandez didakwa cuba melanggar seorang pegawai.

“Sebagai tindak balas, pegawai melepaskan tembakan sebagai bagi melindungi diri mereka dan orang awam,” kata Lyons. 

Setakat ini, jumlah tembakan yang dilepaskan masih belum dapat dipastikan.

Rakaman tanpa audio menunjukkan tiga ejen ICE mengepung sebuah kenderaan jenis sedan hitam yang terhimpit di antara dua kenderaan lain yang memasang lampu kecemasan polis.

Apabila pegawai menghampiri kenderaan itu, sedan hitam tiba-tiba mengundur dengan pintu penumpang terbuka dan merempuh kereta di belakangnya, ketika ejen-ejen sudah mengacukan senjata.

Insiden di Patterson berlaku ketika ICE sedang berada di bawah pemantauan, selepas pentadbiran Trump meningkatkan serbuan dan tangkapan menyasarkan pendatang tanpa izin sebagai memenuhi janji kempen beliau sepanjang tahun lalu.- AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×