Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan Azam Baki

Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan Azam Baki

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti laporan penuh Jawatankuasa Khas Siasatan berkaitan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti laporan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan penuh siasatan daripada pengerusi jawatankuasa khas berkenaan yang juga Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar.

“Saya sudah terima laporan jawatankuasa khas. Saya pun sudah panjangkan laporan itu ke JPA dan kita akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat,” katanya pada Majlis Penyerahan Bubur Lambuk serta Penyerahan Light-Off Road Vehicle kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini semalam.

Shamsul Azri berkata, isu berkenaan juga akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet esok.

Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham dikaitkan dengan Azam Baki.

Siasatan itu dilakukan susulan laporan Bloomberg yang mendakwa Azam memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewa­ngan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam mene­gaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam syarikat perkhidmatan kewa­ngan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

Terdahulu, Shamsul Azri menyempurnakan penyerahan 6,000 bubur lambuk kepada kementerian serta agensi yang dikenal pasti.

Turut berlangsung majlis penyerahan fasa pertama 40 ken­deraan Light-Off Road jenis To­yota Hilux kepada JBPM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN