Trump makin ‘tenggelam’ dalam gelombang biru

Trump makin ‘tenggelam’ dalam gelombang biru

AHLI Dewan Perwakilan AS yang baharu dipilih berkumpul ketika sesi bergambar beramai-ramai di tangga bangunan Capitol AS di Washington, DC.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Parti Demokrat memperoleh majoriti terbesar dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lebih tiga dekad selepas Chuck Hubbard menewaskan penyandang kerusi Republikan, Virginia Foxx, di Carolina Utara.

Demokrat berjaya menguasai sepenuhnya kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat menerusi kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal yang menyaksikan beberapa kejutan, sekali gus mencerminkan penolakan kuat terhadap  Presiden Donald Trump dan Parti Republikan.

CBS News dan NBC News kelmarin mengunjurkan kemenangan Hubbard yang membolehkan Demokrat memperoleh kerusi ke-258 dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 435 anggota.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kekalahan besar Republikan dalam pilihan raya itu menambah tekanan terhadap kepimpinan Trump yang dilaporkan semakin tidak popular dalam kalangan rakyat AS.

Majoriti itu merupakan yang terbesar diraih mana-mana parti sejak 1992, ketika bekas Presiden, Bill Clinton memenangi pilihan raya dan Demokrat memperoleh keseluruhan 258 kerusi.

“Demokrat di Dewan Perwakilan baru sahaja memperoleh majoriti terbesar yang pernah dimiliki mana-mana parti dalam Kongres pada abad ini,” kata Ketua Demokrat Dewan Perwakilan, Hakeem Jeffries, menerusi hantaran di platform X.

Keputusan kelmarin diumumkan selepas Foxx memohon pengiraan semula undi bagi menentukan keputusan sebenar pertandingan berkenaan.

Hubbard berkata, beliau sudah bercakap dengan Foxx yang terbuka menerima kekalahan susulan keputusan pengiraan semula undi.

“Saya ingin menjadi orang pertama mengucapkan terima kasih kepada anggota Kongres Foxx atas khidmat baktinya serta pengorbanan selama beberapa dekad,” katanya.

Kemenangan itu memberikan Demokrat kuasa lebih besar untuk menyekat agenda Trump serta menjalankan siasatan terhadap dakwaan rasuah sepanjang baki dua tahun tempoh kepresidenannya.

Keputusan pilihan raya itu turut mencerminkan ketidakpuasan hati pengundi terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat, dasar tarif serta perang Trump terhadap Iran yang menyebabkan harga bahan api melonjak.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini