Tempahan baju raya meningkat tiga kali ganda - Utusan Malaysia

Tempahan baju raya meningkat tiga kali ganda

SANASIAH Uda Hasan menjahit langsir pelanggannya di Batu 10, Kampung Kubang Changdong, Parit, Perak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Suasana di beberapa kampung di daerah ini kian meriah apabila penduduk mula membuat pelbagai persiapan termasuk menempah pakaian dan langsir baharu.

Tukang jahit di Batu 10, Kampung Kubang Changdong di sini, Sanasiah Uda Hasan, 85, berkata, dia tidak menyangka tahun ini tempahan amat luar biasa iaitu sehingga tiga kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Sebelum ini saya menerima kurang 30 pasang baju raya, namun tahun ini mencecah 150 pasang. Itu belum masuk tempahan langsir dan ada sebahagiannya terpaksa saya batalkan kerana bimbang tidak sempat disiapkan.

“Malah ada pelanggan yang menghantar tempahan untuk tiga hingga lima pasang baju. Mereka bukan sahaja dari sekitar kawasan ini malah dari Parit, Seri Iskandar dan Batu Gajah,” katanya ketika ditemui.

Sanasiah berkata, walaupun menerima banyak tempahan, aspek kualiti jahitan tetap menjadi keutamaan bagi memastikan pakaian selesa dipakai.

“Apabila pelanggan membuat tempahan dengan saya, itu bermakna mereka percaya dengan kualiti jahitan saya. Mereka mengeluarkan wang untuk membeli kain dan membayar upah menjahit, sudah tentu mereka mengharapkan hasil terbaik.

“Menjaga kualiti jahitan sentiasa menjadi perkara penting buat saya. Saya mahu pelanggan berpuas hati,” katanya.

Sanasiah bersyukur peningkatan tempahan untuk Aidilfitri kali ini memberikan rezeki tambahan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

“Saya anggap ini rezeki Ramadan untuk membantu menampung perbelanjaan keluarga, apatah lagi menjelang Aidilfitri nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×