Marhan bakal pemain terbanyak kaps

Marhan bakal pemain terbanyak kaps

Muhammad Marhan Mohd Jalil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten skuad hoki kebangsaan, Muhammad Marhan Mohd Jalil hanya dipisahkan tujuh perlawanan untuk muncul sebagai pemain paling banyak beraksi bersama Speedy Tigers di pentas antarabangsa.

Marhan merupakan tonggak pertahanan negara bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir pada 1 hingga 8 Mac ini sudah memiliki 343 kaps bersama pasukan.

Pemain berusia 36 tahun itu bakal diturunkan dalam lima aksi pada kempen kelayakan tersebut dari peringkat kumpulan hingga final ataupun pusingan klasifikasi.

Sejurus tamat kempen tersebut, Marhan sudah mengumpul 348 kaps dan jika dia diturunkan dua perlawanan anjuran Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), pemain dari Johor itu sudah mengatasi pencapaian Azlan Misron yang memiliki rekod 349 kaps.

Marhan mula beraksi bersama Speedy Tigers pada 3 September 2011 mengakui itu merupakan antara pencapaian terbaiknya sepanjang bergelar pemain.

“Secara peribadi untuk saya dapat kaps paling banyak itu salah satu pencapaian peribadi saya di mana usaha keras saya selama ini membuahkan hasil.

“Pada masa sama dari dahulu hingga sekarang saya berterima kasih dengan jurulatih yang pernah bimbing saya dan rakan sepasukan yang banyak membantu dalam karier saya,” kata Marhan.

Sepanjang menyarung jersi pasukan kebangsaan, Marhan pernah dibimbing oleh Tai Beng Hai, Paul Revington, K. Gobinathan, Stephen van Huizen, Roelant Oltmans, Arul Selvaraj dan kini Sarjit Singh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×