Tiket bas ekspres balik raya dari ibu kota ke Kelantan laris

Tiket bas ekspres balik raya dari ibu kota ke Kelantan laris

JUALAN tiket bas ke Kota Bharu untuk sambutan Aidilfitri sudah mula dijual sejak minggu lalu-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jualan tiket bas ekspres untuk perjalanan ke Kelantan dari ibu negara laris ibarat pisang goreng panas menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Utusan Malaysia mendapati, tiket beberapa syarikat bas yang dijual sejak minggu lalu sudah kehabisan terutama bagi tempoh tiga hari sebelum sambutan iaitu 18 hingga 20 Mac ini.

Bagaimanapun, beberapa sya­rikat pengendali perkhidmatan bas masih lagi menjual tiket ber­kenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang ejen jualan tiket, Ilani Kamarudin berkata, dua minggu sebelum Ramadan, dia sudah memaklumkan kepada pelanggan supaya bersiap sedia membuat pembelian.

“Saya memaklumkan perkara itu melalui hantaran status WhatsApp bagi mengelakkan mereka terlepas peluang. Apabila jualan dibuka, pelanggan membuat bayaran secara dalam talian dan saya terus mencetak tiket.

“Cara ini sangat membantu pelanggan terutama yang berada di luar Kelantan untuk mendapatkan tiket tanpa perlu ke kaunter,” katanya.

Seorang pelanggan, Hisyam Ahmad, 20, berkata, dia lebih selesa membuat pembelian secara dalam talian berbanding kaedah fizikal.

Katanya, kaedah itu memudahkan urusan tanpa perlu be­ratur panjang dan berebut untuk mendapatkan tiket pulang ke kampung.

“Sebagai pelajar, cara ini sa­ngat membantu kerana lebih memudahkan dan menjimatkan masa,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ekspres Perdana, Laili Ismail berkata, bagi sambutan Aidilfitri tahun ini, pihaknya menyediakan sebanyak 90 buah bas.

Katanya, jumlah itu merangkumi 80 buah bas untuk Ekspres Perdana dan 10 bas untuk Lienadia Ekspres.

“Tiket mula dijual kelmarin dan saya memberi jaminan jumlahnya mencukupi untuk menampung keperluan pengguna,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×