Politeknik Ungku Omar lancar Program Ihya Ramadan 2026

Politeknik Ungku Omar lancar Program Ihya Ramadan 2026

NORMAN Zamri bergambar kenangan bersama penceramah jemputan dan barisan jawatankuasa serta para hadirin semasa Pelancaran Program Ihya Ramadhan PUO 2026 di Ipoh, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POLITEKNIK Ungku Omar (PUO), Politeknik APEX, terus memperkasa agenda pembangunan insan holistik menerusi pelancaran Program Ihya’ Ramadan 2026 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Ipoh baru baru ini.

Program yang menghimpunkan kira-kira 200 warga kampus ini menjadi antara platform strategik dalam menyokong aspirasi Reformasi POLYCC serta pelaksanaan ILTIZAM 2026 ke arah lonjakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PUO Norman Zamri, yang mewakili Pengarah Politeknik Ungku Omar.

Dalam ucapannya, beliau berkata, kecemerlangan institusi perlu digerakkan secara seimbang antara pencapaian akademik, kompetensi teknikal dan pengukuhan nilai sahsiah.

“Sebagai Politeknik APEX, PUO komited melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten dan relevan dengan industri, malah memiliki integriti, disiplin dan jati diri yang kukuh. Ramadan adalah platform terbaik untuk membina kepimpinan kendiri, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta menyemai nilai MADANI dalam organisasi,” ujar beliau.

Program Ihya’ Ramadan 2026 dirangka selaras dengan fokus ILTIZAM 2026 yang menekankan pemantapan budaya kerja cemerlang, tadbir urus berintegriti serta pembinaan modal insan berkualiti tinggi.

Sepanjang bulan Ramadan, pelbagai aktiviti pengimarahan akan dilaksanakan, antaranya:

  • PUO Quran Hour bagi memperkukuh budaya ilmu dan penghayatan Al-Quran dalam kehidupan dan institusi;
  • Majlis Khatam Al-Quran Dan Tazkirah Nuzul Quran;
  • Program Iftar Jamaie dan Moreh Perdana yang menggalakkan semangat kebersamaan warga kampus;
  • Sumbangan Kotak Ramadan PUO sebagai manifestasi tanggungjawab sosial institusi.

Pendekatan menyeluruh ini mencerminkan komitmen PUO dalam membina ekosistem kampus yang bukan sahaja cemerlang akademik dan teknikal, malah seimbang dari aspek intelek, emosi, rohani dan sosial.

Inisiatif ini turut menyokong agenda Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan kemampanan dalam pembangunan masyarakat.

Selaras dengan tema Reformasi POLYCC Memacu Lonjakan TVET Negara, program ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan motivasi, produktiviti serta daya saing warga PUO, seterusnya memperkukuh reputasi institusi sebagai peneraju TVET berimpak tinggi di peringkat nasional.

PUO akan terus komited memperkasa pembangunan modal insan yang holistik dan berteraskan nilai, selari dengan aspirasi pendidikan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×