Pasukan Kurdish tinggalkan Aleppo

Pasukan Kurdish tinggalkan Aleppo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALEPPO: Angkatan terakhir pasukan Kurdish berundur dari bandar Syria, Aleppo, selepas pengumuman perjanjian gencatan senjata pada awal pagi Ahad.

Ketua Pasukan Demokratik Syria (SDF), Mazloum Abdi yang dipimpin Kurdish berkata, satu perjanjian dicapai melalui pengantaraan antarabangsa, memastikan pemindahan selamat bagi mereka  yang cedera, orang awam yang terperangkap, serta para pejuangnya dari bandar itu.

Bas-bas yang membawa anggota SDF terakhir dilihat meninggalkan kawasan majoriti Kurdish di Sheikh Maqsoud, menurut laporan media tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertempuran terbaharu di Aleppo bermula awal minggu ini selepas rundingan untuk mengintegrasikan kumpulan Kurdish ke dalam kerajaan baharu Syria menemui buntu.

Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam letusan keganasan terbaharu itu, manakala puluhan ribu orang awam terpaksa dipindahkan dari Sheikh Maqsoud dan Ashrafieh.

Tentera Syria mengebom kawasan itu pada petang Rabu selepas mengisytiharkan kawasan kejiranan tersebut sebagai ‘kawasan tentera tertutup’, susulan dakwaan serangan oleh kumpulan bersenjata di kawasan tersebut.

SDF yang dipimpin Kurdish menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan jenayah untuk memaksa penduduk berpindah.

Satu gencatan senjata dicadangkan awal minggu ini, tetapi pasukan Kurdish enggan meninggalkan kubu terakhir Sheikh Maqsoud di bawah perjanjian tersebut.

Versi terbaharu perjanjian gencatan senjata ini diusahakan melalui pengantaraan Amerika Syarikat (AS) dan kuasa dunia lain, susulan kebimbangan jalan buntu di Aleppo boleh mendorong campur tangan Turkiye.

Turkiye menyokong kerajaan Syria dan menganggap pasukan Kurdish yang menguasai SDF sebagai organisasi pengganas.

Dalam catatan di X pada Sabtu, Duta AS ke Turkiye dan utusan khas ke Syria, Tom Barrack berkata, beliau sudah bertemu Presiden Syria dan menyeru semua pihak untuk menunjukkan kendalian maksimum, menghentikan permusuhan serta kembali ke meja rundingan selaras dengan perjanjian Mac lalu.

Beliau menambah, AS menyambut peralihan bersejarah Syria dan akan terus memberikan sokongan kepada Presiden, Ahmed al-Sharaa dalam usaha beliau menstabilkan negara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini