Seorang maut, tanah runtuh di tapak pelupusan sampah

Seorang maut, tanah runtuh di tapak pelupusan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Satu kejadian tanah runtuh di tapak pelupusan sampah di Bandar Cebu, Filipina, semalam menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera.

Pihak berkuasa berkata, tujuh individu berjaya diselamatkan dari Kemudahan Pemulihan Bahan yang runtuh di Barangay Binaliw, dengan seorang mangsa disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi kritikal.

Datuk Bandar Cebu, Nestor Archival mengeahkan pasukan tindak balas bencana dan penyelamat kecemasan segera dikerahkan selepas laporan mengenai individu yang terperangkap di bawah runtuhan.

Pasukan perubatan berada di lokasi, manakala operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, kata Archival.

“Saya sedang memantau situasi dengan teliti dan akan pergi sendiri ke tapak pelupusan Binaliw secepat mungkin untuk memeriksa keadaan serta menyelaras langkah seterusnya.

“Kami meminta orang ramai tenang dan elakkan pergi ke kawasan tersebut supaya pasukan penyelamat dapat menjalankan operasi mereka dengan sempurna,” katanya.

Ahli Majlis Bandaraya Cebu, Dave Tumulak, yang juga pengerusi Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Bandar Cebu berkata, anggaran awal menunjukkan lebih 20 individu mungkin tertimbus apabila struktur tapak pelupusan runtuh.

“Mereka yang diselamatkan dikenal pasti sebagai pekerja tapak pelupusan dan dikejarkan ke hospital berhampiran,” kata Tumulak.

Beliau menambah operasi tindak balas kecemasan segera diaktifkan susulan kejadian, dengan pihak berkuasa menghantar ambulans, trak penyelamat, polis dan pegawai trafik ke kawasan terbabit.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×