Kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus dalam longkang

Kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus dalam longkang

PASUKAN bomba melakukan usaha mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang menghala ke kawasan tadahan air di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah, Melaka petang tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5.47 petang itu, mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras akibat hujan lebat sebelum pasukan bomba digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.47 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Zaidi Kadiron digerakkan ke lokasi dan tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 6 petang dengan kekuatan 13 anggota.

“Setibanya di lokasi, pihak kami dimaklumkan oleh orang awam bahawa seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar 10 tahun terjatuh ke dalam longkang akibat arus deras susulan hujan lebat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pencarian sedang dijalankan dan setakat ini operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×