Kerjasama parti nasional dan tempatan penting buat Sabah

Kerjasama parti nasional dan tempatan penting buat Sabah

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Kerjasama antara parti tempatan dan nasional penting bagi memastikan kelangsungan pembangunan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sabah mencapai banyak kemajuan di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH).

“Saya setuju kita perlukan parti nasional dan parti tempatan, kerana kalau tiada kerjasama. tidak jalan (pembangunan), jangan sombong dan yang kita tolak adalah orang jahat dan mahu curi duit rakyat, malas kerja.

“Kalau dia baik dan bekerja kita sokong, tengok rekod dia. Kalau saya tidak buat apa-apa, masalah jalan dan air tidak akan selesai,” katanya pada Majlis Program Ramah Mesra Harapan Urang Sabah Bersama Masyarakat Melalap di Dewan Datuk OKK Sanggau di sini hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata kemenangan PH dalam PRN Sabah penting untuk memastikan kelangsungan kerjasama yang mantap antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“PH bukan mahu rebut jawatan Ketua Menteri, kita bertanding kerana mahu kekalkan dasar dan mahu bekerjasama dengan negeri. Kita mahu bangunkan Sabah, ini yang penting.

“Kenapa kena sokong parti kerajaan? kerana banyak lagi masalah yang belum diselesaikan. Masih ada masalah air, jalan berlubang dan elektrik. Kita mahu ada hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan agar masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×