Tiada poster boy PH PRN Sabah

Tiada poster boy PH PRN Sabah

Ulat teksi
ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai poster boy untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setelah gabungan parti politik itu bukan dominan dalam menentukan calon Ketua Menteri.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, PH hanya bertanding 22 kerusi dan mustahil untuk gabungan itu membentuk kerajaan secara bersendirian. 

“Apa peranan kami? Kami berharap untuk menjadi jambatan yang menghubungkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Luyang hari ini. 

Beliau berkata matlamat utama PH bukan mendominasi, tetapi memastikan Sabah mendapat manfaat melalui hubungan teratur dengan kerajaan pusat.

Katanya, peranan PH di Sabah bukan bersifat politik konfrontasi, sebaliknya untuk mewujudkan hubungan harmoni antara kerajaan negeri dan Persekutuan agar keperluan rakyat dan agenda pembangunan termasuk isu tuntutan 40 peratus hasil dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

“Jika tidak, kita hanya akan membazir masa bergaduh, terus main sentimen, dan akhirnya masalah rakyat kekal tidak selesai. Ini akan memberi kesan besar kepada pembangunan Sabah,” katanya.

Mengulas kemungkinan berlakunya peralihan undi Cina kepada Parti Warisan, Anthony berkata, ia bukanlah satu kepastian, namun DAP tidak memandang ringan perkara tersebut dan akan terus berkempen berdasarkan rekod perkhidmatan serta prestasi parti selama ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×