Liverpool sedia labur RM1.04 bilion rebut Olise ganti Salah

Liverpool sedia labur RM1.04 bilion rebut Olise ganti Salah

Michael Olise
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Nama Michael Olise menjadi sebutan di Anfield apabila Liverpool mempercepat perancangan strategik bagi mencari pengganti Mohamed Salah yang dijangka meninggalkan kelab musim depan.

Olise, 23 tahun, kini berada pada prestasi terbaiknya bersama Bayern Munich dan muncul sebagai salah seorang pemain paling sukar dijangka dalam bola sepak Eropah.

Gandingan bakat dan kreativiti pemain Perancis itu dilihat mampu memikul tanggungjawab serangan serta meneruskan projek baharu The Reds.

Memuatkan artikel berkaitan…

Begitupun, Bayern Munich meletakkan Olise sebagai pemain yang tidak boleh dijual namun pihak pengurusan kelab Jerman itu menegaskan hanya tawaran besar akan dipertimbangkan.

Liverpool dikatakan bersedia memberi tawaran besar kepada Beyern pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Penghijrahan Salah dilihat semakin tidak dapat dielakkan berikutan dipengaruhi oleh minat kelab Arab Saudi dan faktor usia.

Liverpool percaya pengganti pemain Mesir itu harus mampu mencetuskan impak segera, menjaringkan gol, dan memimpin serangan, di mana ketiga-tiga kriteria yang ada pada Olise.

Perbandingan dengan Salah tidak dapat dielakkan tetapi Liverpool yakin Olise membawa jenis kreativiti berbeza, lebih fokus kepada permainan berpasukan dan corak serangan kolektif.

Sumber dalaman kelab mendedahkan Liverpool ketika ini sedang meneliti struktur gaji dan peranan kepimpinan Olise dan kelab juga sedang menyelesaikan syarat pemindahan Salah, termasuk kontrak dan hasrat pemain itu untuk cabaran baharu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini