UPKO umum calon menerusi kenyataan media

UPKO umum calon menerusi kenyataan media

EWON BENEDICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Bersatu (UPKO) akan mengumumkan nama calon parti itu yang dipersetujui bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN17) pada 29 November ini menerusi kenyataan media, tanpa sebarang perhimpunan hari ini.

Presidennya, Datuk Ewon Benedick berkata, UPKO tidak akan mengadakan himpunan pengumuman calon menerusi perhimpunan, sebaliknya senarai calon parti didedahkan menerusi siaran media.

“Saya ingin mengesahkan UPKO akan bertanding tidak kurang daripada 20 kerusi dalam pilihan raya Sabah kali ini,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, calon yang dipersetujui parti memiliki pelbagai latar belakang akademik, pengalaman, kepimpinan dan khidmat kepada kawasan yang diwakili masing-masing.

Sehubungan itu, beliau berkata, calon UPKO akan menjelajah di seluruh pelusuk kampung, kejiranan dan pekan untuk menawarkan perjuangan Sabah First. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×