Tiga kekosongan jawatan menteri perlu diisi

Tiga kekosongan jawatan menteri perlu diisi

FAHMI Fadzil pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum mengenai kekosongan jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada akhir tahun ini.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kekosongan itu susulan tamat tempoh jawatan Senator oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Disember ini.

“Daripada segi pentadbiran, memang kita maklum ada dua kekosongan ketika ini iaitu Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila tamat tempoh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul, akan ada kekosongan ketiga. Maka, sekurang-kurangnya kita perlu mengisi kekosongan ini.

“Itu sahaja yang dapat saya sahkan daripada segi pentadbiran, tiada maklumat lanjut setakat ini,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Sebelum ini, Tengku Zafrul memaklumkan, beliau akan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskan peranannya sebagai menteri selepas tamat jawatan senator pada Disember. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini