PARLIMEN: Hasrat bina fasiliti khas urus data kerajaan 

PARLIMEN: Hasrat bina fasiliti khas urus data kerajaan 

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat membangunkan fasiliti khusus bagi penyimpanan dan pengurusan data kerajaan sebagai langkah jangka panjang memastikan maklumat strategik negara diurus secara berpusat dan selamat.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada hala tuju masa hadapan pembangunan pusat data negara bagi menjamin kedaulatan maklumat serta memperkukuh keupayaan infrastruktur digital nasional.

“Menghala ke arah masa hadapan, kerajaan berhasrat membangunkan fasiliti khusus untuk data kerajaan bagi memastikan maklumat strategik negara diurus dan dilindungi secara menyeluruh dalam pusat data yang berpaksikan keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH–Sibu) di Dewan Rakyat hari ini, yang meminta kerajaan menjelaskan dasar serta perancangan bagi memastikan operasi pusat data di Malaysia mematuhi piawaian keselamatan dan kelestarian.

Chin Tong berkata, ketika ini semua operasi pusat data di negara ini dikawal di bawah dasar keselamatan siber nasional dan peraturan sedia ada bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan data kerajaan.

Katanya, kerajaan turut meneliti cadangan penubuhan pihak berkuasa pelesenan tunggal (single licensing authority) bagi menyelaras proses kelulusan dan pemantauan pusat data supaya pelaburan dapat dikendalikan dengan lebih efisien di bawah satu entiti pentadbir.

Menurutnya, kerajaan turut memperkenalkan skim insentif yang menekankan kecekapan penggunaan tenaga (power usage efficiency) dan kecekapan penggunaan air (water usage efficiency) bagi memastikan pembangunan pusat data menepati piawaian kelestarian serta menyokong agenda hijau negara.

“Pelaksanaan skim ini dipantau oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pasukan Petugas Data Nasional bagi memastikan semua pelabur serta pengendali pusat data mematuhi piawaian tenaga dan kelestarian yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, langkah-langkah ini akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pusat data serantaumenjelang 2030, selaras dengan aspirasi kerajaan membina ekonomi digital berdaya saing dan mampan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×