Slot buat apa sahaja elak kalah lagi

Slot buat apa sahaja elak kalah lagi

Arne Slottidak merancang untuk membuat pembelian saat akhir - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Arne Slot kini berada dalam tekanan selepas mengalami kekalahan demi kekalahan dan yang terbaru adalah tersingkir daripada perebutan Piala FA selepas tewas di tangan Crystal Palace.

Justeru, , The Reds perlu bangkit menjelang aksi berdepan Aston Villa pada awal pagi esok di Anfield bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL)dengan apa cara sekalipun supaya jumlah kekalahan tidak bertambah.

Kekalahan kepada Palace menjadi tamparan hebat buat Slot, namun dia menjelaskan bahawa terpaksa mengambil risiko menurunkan pemain muda kerana masalah kecederaan menghantui pasukannya.

“Kami kalah enam daripada tujuh perlawanan, dan tidak ada alasan yang cukup baik untuk itu. Tapi saya lihat sendiri betapa sukarnya bermain tiga kali seminggu, seperti ketika menentang Brentford selepas aksi menentang Frankfurt.

“Kami hanya ada sekitar 16 hingga 17 pemain yang benar-benar cergas. Selain itu, tradisi kelab ini memang menggunakan saingan seperti ini untuk memberi peluang kepada pemain akademi. Jadi bagi saya, keputusan itu tetap betul walaupun kami kalah,” jelas pengendali dari Belanda itu.

Slot turut menjadikan pasukan lain sebagai contoh seperti Manchester City dan Chelsea yang turut merombak kesebelasan utama dan memberi kepercayaan kepada pemain muda.

“City juga menurunkan 11 pemain berbeza berbanding aksi liga, tapi tetap kelihatan seperti skuad utama mereka. Chelsea pula boleh bawa masuk pemain muda seperti Estevao. Selepas dua pertukaran malam ini, kami ada enam pemain remaja di padang,” jelasnya.

Sementara itu, bekas pemain tengah Liverpool, Jamie Redknapp mengkritik Slot kerana melakukan kesilapan besar ketika kekalahan kepada Crystal Palace.

“Ia pasukan yang salah. Anda tidak memudahkan pemain muda kerana barisan pemain di sekeliling mereka juga tidak berpengalaman.

“Tidak mungkin Slot memilih pasukan dan senarai simpanan seperti itu dengan jangkaan boleh mengatasi Crystal Palace yang sangat baik musim ini. Mungkin dia berharap, tetapi saya tidak percaya mereka mampu menang,” kata Redknapp.

Liverpool akan berdepan Villa di Anfield dengan Ryan Gravenberch dijangka kembali cergas namun Alexander Isak dan Curtis Jones belum pasti dapat diturunkan, manakala Alisson dan Jeremie Frimpong masih direhatkan akibat kecederaan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×