Sultan Nazrin sampaikan 27 anugerah kepada 93 penerima

Sultan Nazrin sampaikan 27 anugerah kepada 93 penerima cemerlang

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Pendidikan Islam Negeri Perak 2025 kepada Ahmad Tazally Mohamad Zain pada majlis di Ipoh, semalam. – UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2025 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Meru Raya, di sini semalam.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini, serta Pengarah JAIPk, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan 27 anugerah membabitkan 93 pe­nerima yang terdiri daripada pelbagai kategori kecemerla­ngan pendidikan Islam.

Bekas Pengetua SMK Raja Dr. Nazrin Shah Kampung Gajah, Ahmad Tazally Mohamad Zain, dinobatkan sebagai Tokoh Guru 2025 atas kejayaannya meletakkan sekolah tersebut dalam kelompok 10 sekolah terbaik SPM 2024 di negeri Perak.

Ahmad Tazally juga merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua Malaysia.

Selain itu, baginda turut menyampaikan Anugerah Hafiz Muda 2025 kepada 24 penerima, dua penerima Anugerah Jasamu Dikenang, serta Anugerah Pelajar Terbaik SPM dan STAM 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×