Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat di Perak esok

Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat di Perak esok

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah memberi perkenan golongan belia diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri itu esok bersempena sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini berkata, Sultan Nazrin bertitah demikian bagi menghargai dan mengiktiraf peranan penting belia di negara ini.

“Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 94 nama pemimpin belia yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk membaca khutbah di masjid dan surau diri Jumaat negeri Perak pada 8 Mei 2026,” katanya dalam kenyataan.

Pemimpin belia yang terlibat membaca khutbah Jumaat esok termasuklah daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Belia Daerah, Kelab Rakan Muda dan kelab-kelab belia lain.

Katanya lagi, Sultan Nazrin juga menitahkan khutbah Jumaat di Perak esok bertemakan belia dengan tajuk ‘Belia: Tenaga Penggerak Kemajuan Negara.’ – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN