IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar kerajaan dan rakyat perlu bersatu untuk menangani krisis ekonomi yang bakal melanda susulan perang di Asia Barat. Titah baginda, ekonomi global kini berdepan ancaman besar akibat krisis tenaga susulan perang tersebut yang berpotensi mencetuskan krisis tenaga terburuk yang pernah dunia alami. Baginda bertitah, tiada satupun negara di dunia dapat terlepas daripada tempiasnya dan dengan ekonomi yang terbuka, Malaysia juga terpaksa berdepan…







