Liverpool dalam krisis

Liverpool dalam krisis

Jamie Carragher menyifatkan Liverpool di bawah bimbingan Arne Slot kini berdepan krisis ekoran daripada empat kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jamie Carragher percaya Liverpool berada dalam ‘krisis’ selepas mengalami kekalahan keempat berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Pasukan juara itu tewas 3-2 kepada Brentford Sabtu lalu, kekalahan keempat berturut-turut dalam saingan liga selepas tewas kepada Chelsea, Manchester United dan Crystal Palace.

Kekalahan itu membuatkan The Reds kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, dan sudah pun menyamai jumlah kekalahan liga mereka sepanjang musim lalu.

Pasukan bimbingan Arne Slot yang menjuarai liga hanya lima bulan lalu, telah bolos sembilan gol dalam empat perlawanan tersebut dan kelihatan jauh daripada prestasi mantap ketika mereka menjulang trofi Mei lalu.

Semakin banyak persoalan timbul mengenai keseimbangan dan intensiti permainan Liverpool selepas perbelanjaan besar sebanyak 446 juta pound (RM2.5 bilion) pada musim panas gagal diterjemahkan kepada keputusan positif di padang.

Carragher memberi amaran kemerosotan Liverpool telah melebihi rentak permainan, dan beliau berhujah bahawa pasukan bimbingan Slot kekurangan kelebihan fizikal yang diperlukan untuk bersaing.

“Saya rasa mereka tidak cukup kuat dari segi fizikal. Untuk tewas empat perlawanan berturut-turut bagi pasukan seperti Brentford, atau pasukan yang sedang berjuang mengelak penyingkiran itu sudah dianggap satu bencana.

“Melihat juara liga tewas empat perlawanan berturut-turut, dengan jumlah perbelanjaan besar pada musim panas lalu, saya rasa kita sedang berada dalam masa krisis.

“Akan ada banyak soalan serius yang akan ditanya kepada semua pihak termasuk para pemain dan juga pengurus,” kata Carragher kepada Sky Sports. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×