Kaut RM150 dalam tempoh 30 minit mengemis depan masjid

Kaut RM150 dalam tempoh 30 minit mengemis depan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur berjaya melumpuhkan aktiviti warga asing mengemis secara ‘freelance’ di Masjid Jamek Kampung Baru dekat sini semalam.

Operasi Op Sapu itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bermula pukul 2 petang hasil risikan dan aduan awam.

Difahamkan, pengemis asing dan tempatan akan mula berkumpul sebelum bermula Solat Jumaat.

Pengemis dalam kalangan warga asing dipercayai bergerak secara sendirian, manakala warga tempatan kebanyakan ialah gelandangan selain ada antara mereka memiliki kad orang kurang upaya (OKU).

Dalam tempoh waktu solat Jumaat itu, ada antara pengemis ini mampu meraih serendah RM40 dalam tempoh kira-kira setengah jam dan boleh mencecah RM150 hasil sumbangan selepas orang ramai selesai solat.

Bagi peniaga tempatan dikenali sebagai Rahman, 30-an, dia mengakui memang ramai pengemis warga asing di sekitar masjid terbabit terutama pada sebelum dan selepas selesai solat Jumaat.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi selama satu jam itu memeriksa 22 individu termasuk dua kanak-kanak.

Menurutnya, mereka yang diperiksa membabitkan 12 warga tempatan, empat Indonesia, Myanmar (3 orang), Pakistan (2 orang) serta seorang Sri Lanka.

“Hasil pemeriksaan telah menahan tiga warga asing iaitu tiga lelaki Pakistan serta seorang Indonesia kerana tiada dokumen sah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan JIM tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku melibatkan sebarang kesalahan imigresen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN