Kerjasama negara Islam perlu holistik, bukan hanya pakatan ketenteraan

Kerjasama negara Islam perlu holistik, bukan hanya pakatan ketenteraan

MOHAMAD ALAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara-negara Islam perlu diperhalusi dengan teliti dan tidak harus dilihat sebagai satu-satunya pendekatan menghadapi dasar penindasan Israel.

Timbalan Menteri Luar, Datuk c berkata, kerjasama antara negara Islam mesti bersifat menyeluruh dan holistik bukan sekadar berasaskan kekuatan ketenteraan semata-mata.

“Cadangan untuk menubuhkan pakatan ketenteraan dalam kalangan negara-negara Islam perlu diperhalusi dengan teliti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malaysia lebih cenderung untuk berpandangan bahawa sebarang bentuk kerjasama sedemikian hendaklah bersifat menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada aspek ketenteraan semata-mata,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang meminta pendirian rasmi kerajaan terhadap kenyataan Perdana Menteri Iraq yang menggesa penubuhan satu pakatan ketenteraan negara-negara Islam bagi menghadapi dasar penindasan Israel.

Mengulas lanjut, Mohamad turut berkata, pendekatan holistik yang turut merangkumi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kapasiti adalah penting bagi memastikan objektif keamanan dan kesejahteraan dapat dicapai.

“Pendekatan holistik yang turut merangkumi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kapasiti adalah penting bagi memastikan objektif keamanan dan kesejahteraan dapat dicapai,” katanya.

Selain itu, katanya, Malaysia  ketika ini terus aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza melalui koordinasi Kementerian Luar Negeri, agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Perwakilan Malaysia di rantau berkenaan turut memainkan peranan penting dalam memudah cara pengagihan bantuan dan menyampaikan gambaran situasi sebenar di lapangan.

“Sekiranya wujud kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara Islam termasuk dari sudut bantuan kemanusiaan, ia berpotensi memperkukuh solidariti dengan Islam dan seterusnya meningkatkan keberkesanan usaha membantu rakyat palestin,”  katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN