Ranking tentukan Wei Chong-Kai Wun ke slot WTF

Ranking tentukan Wei Chong-Kai Wun ke slot WTF

Gandingan No. 6 dunia itu terpaksa akur kepada beregu China, Wei Keng-Wang Chang yang menghuni ranking No. 5 dunia 15-21, 21-15, 19-21 dalam masa 50 minit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu badminton lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mahu mengukuhkan kedudukan mereka dalam ranking dunia di Jelajah Eropah yang bermula minggu depan bagi menjamin tempat ke saingan Jelajah Dunia Akhir (WTF).

Wei Chong berkata, pada ketika ini, mereka berada di kedudukan No. 4 dalam senarai ranking WTF dan untuk memastikan tempat itu terjamin, kejohanan yang bakal disertai di Eropah amat penting.

“Kami belum pernah bermain di WTF, sekurang-kurangnya kena mengekalkan aksi yang konsisten dalam beberapa kejohanan, kalau boleh mara sehingga suku akhir atau separuh akhir, saya rasa kita boleh melayakkan diri,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, kelmarin.

Hanya lapan beregu terbaik yang akan beraksi di Jelajah Dunia Akhir pada 17-21 Disember ini dan dua slot maksimum disediakan buat setiap negara seandainya terdapat lebih wakil yang berada dalam kelompok lapan terbaik.

Walaupun kedudukan Wei Chong-Kai Wun boleh dikatakan terjamin di kedudukan No. 4 dalam senarai WTF, namun, beregu No. 8 dunia itu masih boleh digugat oleh pasangan No. 3 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang berada di tangga No. 9.

Wei Chong berkata, berada dalam situasi tersebut, dia tidak menafikan tekanan mula membebani, tetapi, mereka perlu bijak memberi motivasi kepada diri sendiri dan berusaha keras memberikan yang terbaik di dalam gelanggang.

Katanya, dia dan Kai Wun turut mengambil inisiatif sendiri dengan melipat gandakan latihan tanpa terlalu bergantung sepenuhnya kepada program yang disediakan jurulatih.

Mengulas pula mengenai menjelang kejohanan Terbuka Arctic di Vantaa, Finland yang bermula Selasa, minggu depan, Wei Chong berkata, dia tidak menafikan kedudukan undian kadang-kala menemukan mereka dengan rakan senegara, tetapi, itu bukan isu utama kerana apa yang lebih penting ialah kemenangan.

“Sekarang ini memang ramai beregu Malaysia menyertai kejohanan yang sama, apa yang penting persembahan kami, jumpa sesama Malaysia atau tidak, kami tetap kena bermain baik,” tegasnya.

Bercakap pula tentang ranking, pemain berusia 26 tahun itu berkata, kedudukan No. 8 dunia memang diakui memberi kelebihan setiap kali undian dibuat bagi sesebuah kejohanan, tetapi, dia turut mengimpikan untuk mengorak langkah lebih tinggi bagi melonjakkan kedudukan ranking mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×