Fahmi sedia lepas jawatan menteri bila-bila masa

Fahmi sedia lepas jawatan menteri bila-bila masa

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan tidak pernah mengambil sebarang imbuhan, komisen atau projek sepanjang tiga tahun berkhidmat sebagai anggota Kabinet.

Fahmi yang pertama kali memegang jawatan menteri berkata, sepanjang tempoh itu, beliau berkhidmat dengan penuh integriti dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Dalam tempoh tiga tahun ini, Alhamdulillah saya boleh kata saya tidak ambil satu sen pun, tidak dapat satu komisen pun dan tidak pernah terima mana-mana projek,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perkhidmatan Awam Ke-29 di Auditorium Seri Angkasa di sini, hari ini.

Fahmi turut menyatakan kesediaan melepaskan jawatan pada bila-bila masa jika diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anytime (bila-bila masa) saya bersedia. Kalau diarahkan oleh Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan, saya akan lepaskan. Saya tidak pernah minta, tidak pernah melobi dan tidak pernah mengharapkan jawatan ini. 

“Saya tahu saya dilantik sebagai menteri hanya lima minit sebelum Perdana Menteri umumkan dalam televisyen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×