PENAMPANG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak dan Sekolah Menengah St Micheal, di sini, menerima peruntukan khas bencana daripada Kementerian Pendidikan bagi membaiki kerosakan dialami akibat banjir baru-baru ini.
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, peruntukan itu diluluskan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang prihatin terhadap kesan musibah melanda sekolah itu.
“Saya merakamkan penghargaan kepada Fadhlina atas keprihatinan meluluskan peruntukan untuk membiayai kerja baiki pulih kerosakan dua sekolah menengah itu disebabkan banjir baru-baru ini,” katanya selepas mengiringi Fadhlina melawat dua sekolah menengah terbabit hari ini.
Ewon berkata, permohonan itu dikemukakan BEK kepada Fadhlina pada mesyuarat Kabinet lalu.
“Sekolah Menengah St Michael, Penampang menerima peruntukan khas untuk mengurangkan impak kerosakan akibat musibah banjir SMK Limbanak pihak Kementerian Pendidikan meluluskan peruntukan menyelenggara dan membaik pulih kemudahan dewan sekolah.
Katanya, sebagai wakil rakyat Penampang, beliau menghargai tindakan pantas kementerian pendidikan meluluskan peruntukan demi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. – UTUSAN










