Kampung Sungai baru: PKB tidak perlu masuk campur

Kampung Sungai baru: PKB tidak perlu masuk campur

Seorang wanita melewati deretan rumah yang sebahagiannya telah dirobohkan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru mempersoal tindakan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) yang cuba masuk campuri dalam isu penempatan Kampung Sungai Baru.

Pengerusinya, Zainab Alias bersama penasihat, Muzaffar Razman menuntut Setiausaha PKB, Shamsuri Suradi meletakkan jawatan dalam perbadanan itu susulan rasa tidak puas hati terhadap perkembangan isu tersebut.

Malah, menurut Muzaffar, PKB tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berhubung Kampung Sungai Baru kerana agensi itu hanya bertanggungjawab terhadap pembangunan Kampung Baru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Awak duduk diamlah. Sepatutnya PKB hanya ambil berat isu berkaitan Kampong Bharu, bukannya Kampung Sungai Baru,” katanya pada sidang media pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang disifatkan berpihak kepada pemaju berbanding penduduk.

“Mengapa kamu membela pemaju? Kamu bukan sahaja membela, tetapi menjadi alat pemaju.

“Pemaju tak buat kenyataan, tetapi menteri dengan PKB yang keluarkan kenyataan untuk mereka,” katanya.

Dr Zaliha pada 12 September lalu telah menyarankan penduduk berbincang dengan pemaju dan bukannya kerajaan.

PKB sebelum ini memaklumkan sebanyak 236 daripada 328 pemilik rumah sudah bersetuju dengan pelan pembangunan semula berkenaan dengan pampasan bernilai RM62 juta telah dibayar.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini