Pegawai Hamas imbas detik serangan Israel di Doha

Pegawai Hamas imbas detik serangan Israel di Doha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seorang pegawai kanan Hamas, Ghazi Hamad muncul dalam satu temu bual secara langsung di saluran Qatar, Al Jazeera yang juga penampilan pertama barisan kepimpinan kumpulan itu sejak serangan Israel ke atas Doha pada 9 September lalu.

Dalam temu bual tersebut, Hamad mengimbas kembali detik-detik beliau berdepan serangan rejim Zionis di bumi Qatar yang menerima kecaman dunia itu.

Jelanya, serangan itu berlaku kurang sejam selepas beliau dan beberapa perunding memulakan mesyuarat mengkaji cadangan gencatan senjata Amerika Syarikat (AS) di Gaza yang disampaikan melalui Qatar.

“Kami sedang bermesyuarat bersama delegasi perunding dan beberapa penasihat. Kurang sejam selepas mula meneliti cadangan AS yang disalurkan melalui pengantara Qatar, kami terdengar letupan kuat.

“Kami terus dihujani roket yang digugurkan berturut-turut, tanpa henti. Sekitar 12 peluru berpandu dalam masa kurang daripada seminit. Kumpulan kami ketika itu sudah mengetahui dengan pasti ia adalah serangan Israel.

“Namun Tuhan telah mentakdirkan kami dan saudara Qatar kami untuk selamat daripada pencerobohan khianat ini,” tambahnya.

Menurut sumber rapat Hamas, Hamad adalah seorang daripada enam pemimpin pergerakan Islam Palestin yang berkumpul di bangunan yang disasarkan Israel pada waktu serangan, bersama Ketua Perunding, Khalil al-Hayya; bekas Ketuanya, Khaled Meshaal; Ketua Tebing Barat, Zaher Jabarine serta anggota biro politik, Bassem Naim dan Taher al-Nounou.

Anak lelaki Hayya terbunuh dalam serangan Israel itu dan Hamas sejak itu menyatakan ketua perunding tersebut masih hidup, namun belum memberikan sebarang bukti.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×