Pengakuan palsu kes bunuh Charlie Kirk, warga emas ditahan

Pengakuan palsu kes bunuh Charlie Kirk, warga emas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTAH: Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun ditahan pihak berkuasa selepas didakwa cuba mengganggu siasatan dengan membuat pengakuan palsu sebagai individu yang menembak mati aktivis konservatif, Charlie Kirk, di Universiti Utah Valley (UVU) pada 10 September lalu.

Suspek, George Zinn, berdepan tuduhan menghalang siasatan, satu kesalahan feloni darjah kedua selepas dia menjerit kepada polis mengatakan ‘Saya yang tembak dia, sekarang tembak saya’ ketika ditahan sejurus kejadian.

Rakaman video menunjukkan polis menahannya tular di media sosial hingga menimbulkan tanggapan dia adalah penembak sebenar.

Namun, menurut dokumen mahkamah, Zinn kemudian mengakui bukan penembak sebenar, sebaliknya mahu mengalih perhatian agar suspek sebenar dapat melarikan diri.

Dia turut menyatakan hasrat mahu menjadi ‘syahid’ kepada Kirk.

Selepas mengalami masalah kesihatan, Zinn dibawa ke hospital dan memberitahu pegawai dia berasa ‘lega’ kerana mendakwa sebagai penembak.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa mendapati lebih 20 imej bahan pornografi kanak-kanak di dalam telefon bimbit milik Zinn, membabitkan mangsa berusia antara lima hingga 12 tahun.

Berikutan itu, Zinn turut berdepan tuduhan eksploitasi seksual kanak-kanak selain kesalahan menghalang siasatan dan mahkamah pada Isnin memerintahkan dia ditahan tanpa jaminan.

Media tempatan melaporkan Zinn mempunyai sejarah kes jenayah sejak tiga dekad lalu.

Pada 2013, dia pernah ditahan selepas bertanya kepada penganjur maraton di Salt Lake City sama ada dia boleh membantu ‘memasang bom’ di garisan penamat beberapa hari selepas tragedi pengeboman Boston Marathon.

Sementara itu, polis pada Jumaat lalu mengumumkan penahanan suspek sebenar pembunuhan Kirk, iaitu Tyler Robinson, 22, dari Washington County, Utah dan kini didakwa atas tuduhan membunuh dengan niat serta berdepan hukuman mati sekiranya disabitkan kesalahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×