PDRM enggan dabik dada belasah Kedah 125-0

PDRM enggan dabik dada belasah Kedah 125-0

AKSI pasukan Polis Diraja Malaysia (baju putih) menentang Kedah pada perlawanan ragbi Piala Agong di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. PDRM menang 125-0. - IHSAN FADZIL HISHAM TSS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun membuka kempen Piala Agong dengan kemenangan luar biasa, pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) enggan mendabik dada, sebaliknya mahu kekal fokus.

Pengurus pasukan, SAC Nasir Mansor menegaskan kemenangan 125-0 ke atas Kedah hanya langkah awal untuk mempertahankan kejuaraan.

Beliau menekankan bahawa jumlah jaringan bukan isu utama, sebaliknya konsistensi sepanjang kejohanan lebih penting.

“Kita sasar untuk menang sebagai tanda langkah kanan mempertahankan kejuaraan.

“Skor bukannya isu, yang penting kita perlu konsisten dari satu perlawanan ke perlawanan lain,” kata Nasir.

Beraksi di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, PDRM membuktikan mereka mahu memburu kejuaraan hatrik apabila membelasah Kedah dalam aksi Kumpulan A dengan keputusan luar biasa 125-0.

Ia sekali gus menjadikan kekalahan Kedah buat dua kali berturut turut selepas turut tumbang kepada Selangor 3-46 di Mergong, dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Selangor mengekalkan rekod kemenangan apabila menang tipis ke atas Perlis 17-13 pada aksi yang berlangsung di Padang Astaka, Petaling Jaya kelmarin.

Johor selaku naib juara tahun lalu turut mempamerkan aksi yang mantap selepas mencatat kemenangan selesa ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 65-14 di Mount Austin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×