KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan, Papar menjadi tumpuan pengamal media pada hari keenam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan.
Pihak media berkumpul di luar pagar sejak pukul 6.30 pagi dan polis memulakan kawalan di sekolah tersebut pada waktu sama.
Pihak forensik dilihat memasuki pekarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi.
Sebentar tadi, pasukan pegawai-pegawai pengendali inkues yang diketuai Timbalan Ketua Pendakwaan II Jabatan Peguam Negara, Datuk Badius Zaman Ahmad dilihat memasuki sekolah berkenaan.
Kira-kira pukul 9.30 pagi nanti, Koroner Amir Shah Amir Hassan bersama-sama peguam yang terlibat dalam inkues tersebut akan membuat lawatan ke Asrama Rabiatul Adawiyah, lokasi Zara Qairina ditemukan terlentang dan tidak sedarkan diri. – UTUSAN











