Tiada rakyat Malaysia terkesan serangan Israel di Doha

Tiada rakyat Malaysia terkesan serangan Israel di Doha

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedutaan Malaysia di Doha mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkesan dalam serangan Udara dilancarkan Israel di kawasan Legtaifiya, Doha, Qatar.

Bagaimanapun, semua rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan untuk terus berjaga-jaga dan menjauhi kawasan kejadian.

“Kementerian Luar Negeri Qatar mengesahkan kejadian letupan yang berlaku adalah serangan rejim Israel ke atas pejabat pemimpin Hamas di kawasan Legtaifiya, Doha.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui sumber sahih yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Qatar,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan semalam.

Kedutaan Malaysia di Doha juga memaklumkan bahawa keadaan kini terkawal sepenuhnya dan Kerajaan Qatar memberi jaminan ruang udaranya tidak akan ditutup.

“Kerajaan Qatar juga memberi jaminan bahawa keadaan kini adalah terkawal sepenuhnya dan ruang udara Qatar tidak akan ditutup,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi kedutaan melalui e-mel [email protected] atau talian +974 4483 6463 (waktu pejabat) dan +974 3374 6733 (selepas waktu pejabat). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×