Trump mungkir janji, pasaran pekerjaan merudum di AS

Trump mungkir janji, pasaran pekerjaan merudum di AS

PENUNJUK perasaan berhimpun membantah dasar tenaga kerja pentadbiran Donald Trump di luar Jabatan Buruh di Washington.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasaran pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) merudum sepanjang tujuh bulan pertama pentadbiran Presiden Donald Trump di Rumah Putih, dengan inflasi kembali meningkat susulan pelaksanaan tarif baharu bulan lalu.

Laporan pada Jumaat menunjukkan majikan hanya menambah 22,000 pekerjaan pada Ogos, manakala kadar pengangguran meningkat kepada 4.3 peratus.

Sektor perkilangan dan pembinaan turut mengurangkan lebih 50,000 pekerja dengan semakan data mendapati ekonomi AS kehilangan 13,000 pekerjaan pada Jun, kerugian bulanan pertama sejak Disember 2020 ketika pandemik Covid-19.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tahun lalu, Trump mendakwa pengusiran pendatang tanpa izin akan melindungi pekerjaan untuk orang kulit hitam, namun kadar pengangguran golongan itu dilaporkan meningkat kepada 7.5 peratus, tertinggi sejak Oktober 2021.

Sektor pembalakan dan perlombongan termasuk minyak dan gas turut kehilangan sekitar 12,000 pekerjaan sejak Januari dengan pengeluaran minyak mentah pula diunjurkan susut 100,000 tong sehari tahun depan.

Inflasi meningkat daripada 2.3 peratus pada April kepada 2.7 peratus pada Julai, manakala kos elektrik turut naik 4.6 peratus setakat tahun ini.

Lapor AP, data terbaharu itu mendedahkan jurang semakin ketara antara ekonomi rancak yang dijanjikan Trump dengan realiti semasa.

Rumah Putih yang sebelum ini berbangga dengan langkah pantasnya kini meminta rakyat bersabar selepas Trump berjanji angka pekerjaan mungkin hanya akan kembali meningkat dalam tempoh setahun lagi.

“Kita akan menang seperti yang anda tidak pernah lihat. Tunggu sehingga kilang-kilang yang sedang dibina di seluruh negara ini dibuka, anda akan melihat sesuatu yang tidak dijangka berlaku di negara ini,” kata Trump pada Jumaat.

Menurut tinjauan The Associated Press–NORC, kelulusan kepemimpinan ekonomi Trump pada awal 2020 ketika penggal pertamanya berada pada 56 peratus tetapi merosot kepada 38 peratus pada Julai.

Trump menyalahkan pihak lain, termasuk Rizab Persekutuan (Fed), kerana tidak memotong kadar faedah seperti yang diinginkannyan namun, pemotongan besar-besaran diketahui berisiko meningkatkan inflasi.

Pelabur menjangkakan pemotongan kadar pada mesyuarat Fed bulan September, sebahagiannya kerana kelemahan data pekerjaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×