Banjir deras seperti kepala air terjun, tembok pecah

‘Banjir deras seperti kepala air terjun, tembok pecah’

Banjir deras
MOHD. Suhafri Supomo menunjukkan tembok belakang rumahnya yang runtuh akibat air terlalu kuat semasa banjir kilat di Hulu Langat, Selangor. - - UTUSAN / AFIERA KHAIRULAZMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: “Air terlalu kuat dan deras, tembok penahan yang konkrit pun boleh runtuh.”

Demikian dakwaan, Mohd. Suhafri Supomo, 44, yang berdepan kerosakan besar apabila tembok penahan di belakang rumahnya dalam kejadian banjir kilat di daerah ini, malam tadi.

Menurutnya, sejak menetap di kawasan itu pada 2011, ini kali kedua tembok tersebut pecah selepas banjir besar pada 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masa 2019 dahulu, yang runtuh cuma bahagian bucu sungai dan kos membaikinya mencecah RM20,000. Kali ni bahagian lain pula runtuh dan lebih panjang. Jadi, kosnya memang besar, saya tidak tahu berapa lagi akan habis.

“Saya dapat maklumat banjir kira-kira pukul 4.30 petang semalam dan terus bergegas balik. Sampai rumah air sudah paras pinggang, bawah tingkap,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Rusiah Awang, 66, berkata sejak menetap di kawasan berkenaan pada 2017, banjir kali ini dianggap antara yang paling teruk berbanding 2019 yang cuma mencecah paras paha.

Banjir deras

“Air terlalu deras masuk rumah seperti kepala air terjun. Boleh dikatakan semua barang memang tidak boleh diselamatkan. Barang yang kami susun tinggi-tinggi pun jatuh dibawa arus

“Kami memang tidak sempat untuk melakukan apa-apa, hanya selamatkan diri sahaja. Nasib baik dokumen penting masih sempat diselamatkan,” kongsinya.

Jelasnya, hampir keseluruhan perabot, pakaian dan barangan dapur musnah ditenggelami air, menyebabkan dia kini buntu memikirkan cara untuk memulakan semula kehidupan.

“Yang sempat kami lakukan cuma keluar rumah. Motor dan kereta memang tidak dapat diselamatkan, semua ditinggalkan kerana air naik terlalu cepat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini