Satu lagi gempa bumi di Johor

Satu lagi gempa bumi di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Satu lagi gempa bumi lemah berlaku di Johor pukul 9 pagi tadi dengan kali ini terjadi di sekitar Kluang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kejadian gempa bumi lemah itu berlaku di koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur dengan magnitud 2.8 serta jarak 28 kilometer (km) Barat Laut Kluang, Johor dengan kedalaman 10 kilometer (KM).

Bagaimanapun, jabatan itu memberitahu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini. Mohon tuan, puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/wnvUfvdCEs9k64Uv5,” katanya dalam kenyataan.

Salah seorang penduduk, Halimah Shamsuddin, 42, turut berkongsi merasai gegaran susulan pada pukul 9 pagi ini. 

“Saya tengah memasak di dapur tiba-tiba terasa gegaran di kawasan dapur. Teringat gegaran pagi tadi. Terus telefon suami saya dan memberitahu kejadian gegaran itu serta memintanya pulang ke rumah di Buloh Kasap kerana saya takut.

“Rakan-rakan saya yang lain juga berkongsi pengalaman yang sama merasa gegaran sekali lagi pada pukul 9 pagi ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini