KUMAMOTO: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda wilayah Kumamoto di barat daya Jepun awal pagi 19 November, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Gempa yang berlaku pada pukul 2.22 pagi (waktu tempatan) itu berpusat di kawasan Amakusa-Ashikita pada kedalaman kira-kira 10 kilometer dan mencatatkan tahap lima bawah pada skala intensiti seismik Jepun di beberapa kawasan wilayah berkenaan.
Menurut agensi itu, gegaran turut dirasai di seluruh pulau utama Kyushu di barat daya Jepun serta beberapa kawasan di pulau Shikoku dan Honshu.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.
Kumamoto dilanda gempa bumi bermagnitud 7.1 kurang empat bulan lalu.
Gempa pada 28 Julai itu mencatatkan tahap maksimum tujuh pada skala intensiti seismik Jepun di beberapa kawasan wilayah berkenaan, mengorbankan puluhan nyawa dan menyebabkan kerosakan besar termasuk cerobong asap sebuah kilang kertas yang tumbang.-AGENSI










