PARLIMEN: PDRM buka semula siasatan kes Wan Ahmad Faris

PARLIMEN: PDRM buka semula siasatan kes Wan Ahmad Faris

Saifuddin Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka semula kertas siasatan berhubung kes Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas pada Disember 2013.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa PDRM akan membuka semula kertas siasatan kes Wan Ahmad Faris untuk dilihat semula.

Katanya, PDRM tiada masalah untuk berbuat demikian kerana kertas siasatannya sudah pun siap namun pada ketika itu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Sekarang keluarga (Wan Ahmad) Faris mendesak untuk dilihat semula, saya hendak beritahu iya polis akan buka semula.

“Saya sudah bincang dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah apa yang menghalang kita untuk tengok semula (kertas siasatan), polis kata tiada masalah apa-apa untuk buka balik kertas siasatan itu kerana ia sudah lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Penggulungan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.

Mayat dilaporkan dijumpai penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dan hasil bedah siasat mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut serta tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Namun Mahkamah Koroner pada Jun 2016 memutuskan kematian Wan Ahmad Faris adalah dibunuh oleh individu yang identitinya belum dikenal pasti. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×