AS tidak hantar tentera ke Ukraine, sedia sokongan udara

AS tidak hantar tentera ke Ukraine, sedia sokongan udara

VOLODYMYR Zelensky disambut Donald Trump (kiri), sebaik tiba di Sayap Barat Rumah Putih di Washington Isnin lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan tidak akan menghantar tentera AS ke Ukraine bagi menguatkuasakan sebarang perjanjian damai dengan Presiden Russia, Vladimir Putin. 

Namun, Trump menyatakan Washington mungkin bersedia memberi sokongan udara kepada Ukraine sebagai sebahagian daripada perjanjian keselamatan, satu langkah yang tetap akan menjadi perubahan ketara dalam dasar pentadbiran beliau terhadap konflik tersebut.

“Akan ada bentuk keselamatan tertentu. Ia tidak boleh melalui Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Memuatkan artikel berkaitan…


“Negara lain bersedia meletakkan tentera di lapangan. Kita pula bersedia bantu mereka dengan pelbagai perkara, mungkin dari segi udara,” katanya, sekali gus menolak kemasukan Ukraine ke dalam pakatan transatlantik itu.

Dalam temu bual bersama Fox News, Trump sempat berseloroh, mengatakan beliau berharap usahanya menjadi perantara damai antara Russia dan Ukraine akan membolehkannya mendapat tempat di ‘syurga’.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk berbincang sambil menambah persediaan pertemuan empat mata antara dua pemimpin yang bermusuhan itu sedang berjalan. 

Menurut laporan Bloomberg, Hungary menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah pertemuan tersebut. 

Presiden Perancis, Emmanuel Macron pula mencadangkan Geneva sebagai lokasi, manakala Menteri Luar, Switzerland memberi jaminan kekebalan diplomatik akan diberikan kepada Putin walaupun beliau dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Russia sebelum ini menegaskan penempatan tentera dari negara-negara NATO ke Ukraine tidak boleh diterima dalam sebarang rundingan damai. 

Namun Trump menolak kebimbangan itu dan menyatakan beliau masih optimis mengenai peluang untuk mencapai perjanjian dengan Putin.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte menyifatkan janji Trump untuk menyediakan jaminan keselamatan sebagai kejayaan besar ketika Zelensky dan pemimpin Eropah menghadiri sidang kemuncak luar biasa di Rumah Putih pada Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×