Seoul kerah pegawai polis hologram bantu cegah jenayah

Seoul kerah pegawai polis hologram bantu cegah jenayah

HOLOGRAM seorang anggota polis berpakaian seragam setinggi lebih 170 sentimeter dipasang di kawasan sibuk di Jung-gu, Seoul. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Polis Seoul memperkenalkan pegawai hologram bersaiz sebenar bagi meningkatkan persepsi keselamatan awam dan mengurangkan kadar jenayah di ibu negara.

Setiap malam antara pukul 7 malam hingga 10 malam, hologram seorang anggota polis berpakaian seragam setinggi lebih 170 sentimeter akan muncul di Taman Judong No.3, kawasan sibuk di Jung-gu, Seoul.

Ia mengingatkan penduduk polis akan bertindak segera dalam kecemasan dan kamera pengawasan ditempatkan di setiap sudut.

Dihasilkan oleh syarikat teknologi Hologrammica, model hologram 3D itu dipasang sejak Oktober tahun lalu sebagai percubaan.

Data terbaharu menunjukkan ia memberi kesan positif terhadap pengurangan kes jenayah.

“Papan tanda hologram kini semakin diterima sebagai peranti keselamatan pintar yang meningkatkan persepsi keselamatan orang awam serta memberi kesan pencegahan psikologi terhadap kelakuan tidak senonoh.

“Kami akan terus memperluas aktiviti pencegahan jenayah yang menggabungkan teknologi AI bagi mewujudkan persekitaran taman yang membuatkan penduduk berasa selamat,” kata Ketua Balai Polis Jungbu, Ahn Dong-hyun.

Perbandingan tempoh sama sebelum dan selepas papan tanda hologram dipasang menunjukkan kadar jenayah dalam radius taman itu menurun kira-kira 22 peratus.

Polis Korea Selatan menegaskan, ia memberikan hasil besar dalam mencegah kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×