Jururawat asing: Kebajikan petugas KKM, kepentingan rakyat diutamakan – Dr. Dzulkefly

Jururawat asing: Kebajikan petugas KKM, kepentingan rakyat diutamakan – Dr. Dzulkefly

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan pengambilan jururawat dari Indonesia perlu mengambil kira kepentingan rakyat, kebajikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam melaksanakan kajian yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) susulan saranan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto.

Katanya, kekurangan jururawat ketika ini turut diburukkan oleh beberapa faktor termasuk penggantungan pengambilan pelatih baharu di Institut Latihan KKM (ILKKM) selama dua tahun semasa pandemik Covid-19 dan moratorium terhadap program kejururawatan swasta yang hanya ditamatkan tahun lalu.

“Buat masa ini, KKM akan terus berusaha mengatasi kekurangan jururawat melalui pelbagai strategi seperti yang dinyatakan sebelum ini. Diakui tiada penyelesaian segera untuk menangani keadaan yang boleh dikatakan meruncing ini,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus dilaporkan berkata, kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang dasar atau cadangan melibatkan pengambilan jururawat dari Indonesia di hospital kerajaan dilaksanakan.

Cadangan itu mendapat perhatian selepas kerajaan Johor melalui Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon, mengalu-alukan kerjasama strategik dengan Indonesia bagi mengatasi kekurangan jururawat di Malaysia khususnya di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini turut mendedahkan hospital utama di Johor Bahru berdepan masalah kekurangan tenaga kerja kesihatan yang serius sehingga seorang jururawat terpaksa mengurus lebih 10 hingga 14 pesakit bagi setiap syif berbanding nisbah ideal 1:6 atau maksimum 1:8. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×