TM One, Agrobank kerjasama pacu transformasi digital

TM One, Agrobank kerjasama pacu transformasi digital sektor pertanian

PENGURUSAN kanan TM One dan Agrobank sewaktu sesi pertukaran dokumen untuk pelaksanaan penyelesaian digital di rangkaian Agrobank seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TM One, penyelesaian digital untuk sektor perusahaan dan awam Telekom Malaysia (TM) memeterai kerjasama strategik lima tahun bersama Agrobank bagi memacu transformasi digital sektor pertanian dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan agro di Malaysia.

Kerjasama strategik jangka panjang itu mencerminkan komitmen bersama untuk memodenkan ekosistem kewangan agro negara melalui infrastruktur digital yang selamat, berdaya tahan dan selaras dengan keperluan masa depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, perkongsian strategik itu mencerminkan komitmen berterusan Agrobank mengadaptasi inovasi dan teknologi sebagai pemacu utama dalam meningkatkan kecekapan, kebolehcapaian dan keterangkuman perkhidmatan kewangan mereka

“Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan TM One dalam memacu transformasi digital sektor agro dan luar bandar di Malaysia.

“Dengan kepakaran TM One yang terbukti, kami yakin kerjasama ini akan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kami dan memperkasakan agropreneur di seluruh negara melalui infrastruktur digital yang maju,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sektor pertanian yang dahulunya dilihat tradisional kini berkembang pesat seiring kemajuan digital.

“Integrasi penyelesaian digital membuktikan bahawa industri berasaskan agro tidak lagi ketinggalan.

“Sebagai penyedia pembiayaan utama dalam sektor yang menyumbang kepada keterjaminan makanan negara, Agrobank komited untuk memperkasa semua pemain utama dalam industri termasuk petani dan agropreneur untuk terus berkembang dalam ekonomi berteraskan teknologi.

Sebagai institusi kewangan utama yang bertumpukan kepada pembangunan luar bandar dan pertanian, Agrobank memainkan peranan penting dalam memperkasakan petani, koperasi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Kerjasama bersama TM One mengukuhkan mandat itu melalui pelaksanaan perkhidmatan sambungan, pengkomputeran awan untuk penyimpanan data, keselamatan siber dan teknologi komunikasi maklumat (ICT) terurus yang canggih di seluruh rangkaian Agrobank di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×