PATI lari bertempiaran elak ditahan

PATI lari bertempiaran elak ditahan

SEBAHAGIAN warga Pakistan yang ditahan Jabatan Imigresen Johor di Bandar Baru Ayer Hitam, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Macam ada ‘maraton’.

Itu yang berlaku apabila sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Pakistan bertempiaran melarikan diri selepas menyedari pusat perniagaan di Ayer Hitam, di sini diserbu Jabatan Imigresen negeri , petang semalam.

Walau bagaimanapun usaha warga asing itu hanya sia-sia apabila semua kawasan terbabit telah dikepung oleh 76 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyebabkan mereka menyerah diri dan berjaya ditahan.

Pengarah Imigresen negeri, Datuk Mohd. Rosdi Mohd. Darus berkata, seramai 32 warga asing ditahan dalam Op Belanja, Op Selera, Op Sapu dan Op Kutip di Bandar Baru Ayer Hitam itu.

“Seramai 62 warga asing dan warga tempatan telah diperiksa dalam operasi yang dijalankan di 16 premis. Seramai 20 lelaki warga Pakistan, sembilan lelaki warga Bangladesh dan masing-masing seorang lelaki serta dua wanita warga Indonesia berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, semua tahanan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit yang sah.

Mereka juga melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal setelah pas atau permit tamat atau dibatalkan dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×