Sindiket penyeludupan PATI sasar kawasan perairan lebih luas

Sindiket penyeludupan PATI sasar kawasan perairan lebih luas

PATI perairan luas
MOHD. Yusri Hasan Basri menerima tabik hormat daripada pegawai dan anggota dalam pameran keupayaan aset-aset pada Sambutan Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-79 PPM di Jeti Markas Operasi PPM Wilayah 1, Pelabuhan Klang, di Klang, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pendatang asing tanpa izin (PATI) kini dipercayai mempunyai bot lebih canggih selepas dikesan menyasarkan laluan perairan yang lebih luas berhampiran Perak dan sempadan di utara untuk tembus masuk ke negara ini secara haram.

Penggunaan perairan sedemikian dipercayai sebagai salah satu cubaan untuk mengaburi pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hasan Basri berkata, bagaimanapun pihaknya memantau secara rapi perairan di negeri ini, Johor dan Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia bermula dari Johor hingga ke Pulau Langkawi. Kita juga sudah mengenal pasti pusat-pusat pendaratan pendatang haram itu. Selain Pasukan Polis Marin (PPM) kita juga ada pos-pos daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara.

“Mereka memantau dan mengenal pasti kawasan-kawasan hotspot yang menjadi tempat pendaratan PATI ke negara ini,” katanya pada sidang akhbar Sambutan Peringatan Ulang Tahun Ke-79 PPM di Markas Operasi, PPM Wilayah 1, Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

Jelasnya, antara modus operandi (MO) yang dilakukan oleh sindiket yang membawa masuk ke negara ini adalah melalui pertukaran bot di perairan antarabangsa.

“Di tengah laut perairan antarabangsa itu, mereka kemudian berpecah dengan berpindah ke bot-bot sebelum menuju ke pusat-pusat pendaratan haram.

“Jadi, kita bekerjasama dengan pelbagai agensi, terutamanya Jabatan Laut, Jabatan Perikanan serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan menerima maklumat berkaitan MO yang digunakan oleh PATI,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Yusri memaklumkan pelbagai projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) diluluskan dalam usaha memperkukuh peranan serta keupayaan PPM.

“Projek tersebut melibatka nilai keseluruhan RM379.5 juta meliputi naik taraf Pos Pulau Tabawan dan Markas Operasi PPM Wilayah 4 di Lahad Datu, pembangunan jeti, pembaikan bangunan dan solar serta landasan hangar dan overhead crane di PPM Wilayah 4, Sandakan keseluruhan bernilai RM22.83 juta.

“PPM juga bakal memiliki dua Kapal Pengangkut kelas Police Transport Vessel (PTV)  dan lima bot ronda kelas Fast Patrol Craft (FPC) yang kesemuanya menelan belanja sehingga RM474.6 juta dan dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan,” ujarnya.

Tambahnya, projek bukan fizikal bagi pengangkutan maritim itu turut melibatkan naik taraf 10 bot FPC dan dua kapal ronda kelas PZ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×