KOTA BHARU: Kerajaan akan menambah geran bagi Skim Usahawan Bangkit sebanyak RM200 juta untuk tahun depan yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu dijangka mampu menambah pulangan kepada usahawan yang terbabit sehingga ribuan ringgit sebulan.
“Dengan pemberian geran itu, kita akan memantau semua usahawan di seluruh negeri termasuk Kelantan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kerajaan akan bantu sedaya-upaya dan saya mengucapkan terima kasih atas usahasama dan kerjasama yang baik Menteri Besar Kelantan serta kerajaan negeri,” katanya kepada semasa berucap merasmikan Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di sini, hari ini. – UTUSAN











