KDA cipta kemenangan sulung, aksi dicemari dua kad merah - Utusan Malaysia

KDA cipta kemenangan sulung, aksi dicemari dua kad merah

PEMAIN Machan FC dan KDA FC berebut bola dalam perlawanan Liga A1 di Stadium Mini MPKP Jitra. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA: Kedah Darul Aman (KDA) FC membuka tirai kemenangan sulung dalam kempen Liga A1 selepas menewaskan Machan FC 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini MPKP Jitra, petang tadi.

Gol tunggal perlawanan hadir seawal minit kelima hasil tandukan kapten, Zamri Pin yang bijak memanfaatkan sepakan penjuru dari arah kiri gawang lawan.

Selepas jaringan itu, pelawat cuba melakukan serangan untuk menyamakan kedudukan, namun ketangkasan benteng pertahanan KDA FC serta kecekapan penjaga gol, Aqil Syahmi Azizan memastikan gawang mereka kekal tanpa dibolosi sehingga wisel penamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuan rumah dilihat mengawal permainan sehingga minit ke-20 sebelum beberapa percubaan bahaya kembali dipamerkan lawan termasuk dua minit sebelum menuju ke bilik persalinan.

Gerakan bermula apabila Alif Romli melakukan percubaan dari luar kotak penalti, namun bola terkena palang sebelum melantun semula kepada Fikri Mohamed Shah, bagaimanapun percubaannya juga sekadar singgah di tiang gol.

Sementara itu, perlawanan yang bermula 4.45 petang turut dicemari layangan kad merah oleh pengadil, Kamal Ikhwan Yaacob terhadap pemain dan pegawai pasukan Machan yang membantah keputusannya.

Insiden bermula apabila pemain KDA FC yang dijatuhkan pada minit ke-85 dibenarkan menerima rawatan di atas padang, pemain lawan yang tidak berpuas hati kerana kejadian itu melengahkan masa kemudian meminta pengadil untuk mengarahkan rawatan di luar.

KAMAL Ikhwan Yaacob melayangkan kad merah kepada pemain dan pegawai pasukan Machan yang membantah keputusannya ketika mengadili perlawanan Liga A1 antara KDA menentang Machan di Stadium Mini MPKP Jitra. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

Bagaimanapun, kejadian menjadi semakin panas apabila pertahanan Machan, Zarif Syamil Zamani dilihat menyentuh Kamal Ikhwan ketika dia dan rakan-rakan mengelilingi pegawai perlawanan itu.

Layangan kad merah terhadap Zarif Syamil kemudian membangkitkan kemarahan Penolong Pengurus Machan, Mohd. Shahareen Abdullah yang turut meluru ke dalam padang sebelum dia juga dilayangkan kad merah dan diarah meninggalkan stadium.

Perlawanan yang dilanjutkan masa permainan akibat kejadian itu kembali menyaksikan KDA cuba menggunakan kesempatan beraksi dengan kelebihan seorang pemain untuk menggandakan jaringan.

Namun, keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat dibunyikan yang menyaksikan KDA meraih tiga mata berharga sebagai bekalan mengharungi perlawanan seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN