Warga emas ditahan, disyaki beri racun pada kanak-kanak

Warga emas ditahan, disyaki beri racun pada kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTERSHIRE: Seorang warga emas berusia 76 tahun ditahan selepas lapan kanak-kanak yang menyertai kem musim panas di kawasan luar bandar Stathern dimasukkan ke hospital kerana disyaki diracun.

Polis Leicestershire memaklumkan, panggilan awal mengenai kejadian diterima daripada pihak ketiga pada Ahad lalu, namun pasukan kecemasan digerakkan ke lokasi sehari kemudian.

Sebuah pusat rawatan sementara ditubuhkan di dewan kampung Plungar untuk menilai keadaan peserta kem tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapan kanak-kanak kemudian dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga dan kesemua mereka dibenarkan pulang selepas pemeriksaan.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki atas dakwaan memberikan racun atau bahan berbahaya dengan niat mencederakan dan mengganggu.

Kes kini disiasat pasukan insiden utara East Midlands, dengan pegawai penyiasat kanan, Inspektor Neil Holden, menyifatkannya sebagai ‘rumit dan sensitif’.

“Kami faham insiden ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, pejabat dan masyarakat setempat.

“Kita sudah mengerahkan beberapa sumber khusus dan sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan, termasuk perkhidmatan kebajikan kanak-kanak, bagi memastikan perlindungan sepenuhnya diberikan kepada mangsa terlibat,” katanya.- THE GUARDIAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN