Trump gesa Thailand, Kemboja henti pertempuran, segera ke meja rundingan

Trump gesa Thailand, Kemboja henti pertempuran, segera ke meja rundingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURNBERRY: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Kemboja dan Thailand dan menggesa kedua-dua negara itu berusaha mencapai gencatan senjata segera susulan pertempuran di sempadan.

Dalam permulaan lawatan peribadinya ke padang golf miliknya di Scotland, Trump menerusi laman Truth Social berkata, kedua-dua negara sudah bersetuju untuk segera bertemu dan merangka gencatan senjata dan keamanan.

Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai mengesahkan pada prinsipnya, pihak Thailand bersetuju untuk membincangkan gencatan senjata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun beliau berkata, Thailand mahu melihat keikhlasan pihak Kemboja dalam hal ini.

Sekurang-kurangnya 33 anggota tentera dan orang awam terbunuh, manakala ribuan rakyat Thailand dan Kemboja dipindahkan sejak pertempuran tercetus pada 24 Julai.

Trump berkata, beliau menantikan untuk menyambung semula rundingan perdagangan dengan Kemboja dan Thailand, namun menyatakan ia tidak sesuai untuk mengadakan sebarang perbincangan selagi pertempuran tidak dihentikan.

Beliau campur tangan seminggu sebelum tarif AS terhadap Kemboja dan Thailand dijadualkan berkuat kuasa.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN