Hujung minggu bergaya

Hujung minggu bergaya

dress santai dengan sepatu tumit tinggi rona menyerlah terbit gaya moden.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kadang-kadang, yang kita perlukan untuk menceriakan hari bukanlah percutian jauh atau santapan mewah, tetapi sehelai dress yang betul-betul kena dengan rasa hati.

Warna yang menyala, corak yang segar dan potongan yang selesa boleh menjadi ubat paling mujarab untuk hari yang terasa kelabu.

Musim panas di Malaysia bukan sekadar tentang cuaca, tetapi juga tentang cara membawa diri dan mencipta memori.

Tiada cara yang lebih bergaya untuk melakukannya selain menyarungkan baju musim panas.

Minggu ini, jenama tempatan yang semakin digemari, Bayu Somerset melancarkan summer dress yang wajib dimiliki iaitu Thea Dress. Thea Dress direka untuk wanita Malaysia moden yang mahu tampil selesa, segar dan yakin dalam satu helaian yang versatil.

Thea Dress tampil dalam dua pilihan warna yang benar-benar menyerlahkan aura feminin iaitu kuning dan merah jambu.

Potongannya diinspirasikan oleh gaya klasik dengan elemen moden yang sangat praktikal untuk cuaca tropika.

Kolar Mandarin memberi sentuhan anggun, manakala butang separa di bahagian depan memudahkan pemakaian tanpa mengorbankan gaya. Flap di bahagian dada memberikan nilai estetik yang halus, sementara tali pinggang boleh laras memastikan keselesaan untuk pelbagai bentuk badan.

Lengan pula dilengkapi dengan tali reben yang boleh diikat, memberikan efek manis yang tidak dibuat-buat.

Paling penting, poket di kedua-dua belah. Diperbuat sepenuhnya daripada material kapas, fabriknya ringan, sejuk dan sesuai untuk sepanjang hari tanpa rasa melekit.

Untuk hari santai atau makan-makan bersama rakan, Thea Dress cukup sempurna dipadankan dengan sandal bertali dan beg silang rotan. Tambah sedikit pemerah pipi rona semula jadi dan kamu sudah bersedia menawan kafe kegemaranmu.

Untuk ke pejabat, gayakan sepatu tumit blok warna nude, tote bag kulit dan subang kecil emas. Terus menjadi sofistikated tanpa terlalu mencuba.

Jika ingin mengubah gaya ke suasana malam, bayangkan Thea Dress dengan gincu berani, aksesori statement dan sepatu mary-jane.

Terus naik taraf dari siang ke malam. Sama ada kamu sedang menikmati kopi pagi di kafe kegemaran, berjalan di tepi pantai atau menghadiri majlis makan malam kasual, kedua-dua dress ini mem­beri kamu kebe­basan untuk tampil cantik tanpa tekanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×