Russia rekrut pelajar sekolah bangunkan dron tentera

Russia rekrut pelajar sekolah bangunkan dron tentera

RUSSIA dilaporkan bergantung kepada bakat mudah untuk memastikan dominasi teknologi dron perang diperkukuh.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Pihak berkuasa Russia didakwa secara sistematik melibatkan pelajar sekolah dalam reka bentuk dan ujian dron yang digunakan untuk perang di Ukraine.

Menurut siasatan media bebas Russia di luar negara, The Insider, program itu bermula dengan pertandingan permainan video di seluruh negara, sebelum peserta muda paling berbakat direkrut oleh syarikat pertahanan untuk membangunkan teknologi dron.

“Kanak-kanak terlibat secara aktif dalam memodelkan komponen sistem untuk pelbagai jenis dron.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tahun beberapa orang yang mereka komponen UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) untuk syarikat besar,” kata seorang remaja yang mengambil bahagian dalam program tersebut kepada wartawan.

Permainan video, Berloga, yang dilancarkan pada 2022, menjadi langkah awal kepada program tersebut.

Difahamkan, peserta yang berjaya dalam permainan itu boleh memperoleh markah tambahan dalam peperiksaan akhir sekolah menengah.

Pelajar paling cemerlang kemudiannya dipilih menyertai pertandingan teknologi seperti Big Challenges, yang direka untuk mengenal pasti bakat muda dan menghantar mereka kepada syarikat Russia, termasuk firma pertahanan yang kini dikenakan sekatan antarabangsa.

Tiga remaja yang terlibat pertandingan itu mendakwa, mereka terlibat secara langsung dalam pembangunan komponen dron dan diminta menyembunyikan kegunaan ketenteraan projek tersebut.

“Kami dilarang mengatakan ia untuk perang dan dipaksa mencipta alasan aplikasi awam.

“Projek mesti sentiasa ada dua tujuan, terutamanya jika anda masih bersekolah. Itu peraturan tidak rasmi yang diamalkan dalam setiap pertandingan,” kata seorang pelajar.

Sebelum ini, Presiden Vladimir Putin menggesa supaya pengeluaran dron dipertingkatkan memandangkan peranannya yang semakin penting dalam konflik dengan Ukraine.

Namun, pertempuran dron terus berubah apabila kedua-dua pihak memperkenalkan teknologi baharu untuk meningkatkan jarak penerbangan serta mengatasi gangguan elektronik.

Russia kini dilaporkan bergantung kepada bakat muda negara itu untuk memastikan dominasi teknologi dron di medan perang terus diperkukuh.- THE GUARDIAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN